3 Golongan Yang Ditakuti Rasulullah s.a.w

3 golongan yang sangat ditakuti oleh Rasulullah s.a.w muncul dari golongan umat Islam:
  1. Ahli agama yang sesat
  2. Orang yang selalu mengikut hawa nafsunya
  3. Seorang pemimpin atau hakim yang derhaka
Ahli agama yang sesat adalah ahli agama yang menjadikan agama itu untuk mencari kesenangan duniawi, sehingga sanggup ia merubah kebenaran hukau Allah atau mempermainkan agama Allah.

Orang yang senantiasa mengikut hawa nafsunya dan mengabaikan larangan dan perintah-perintah Allah, maka orang semacam ini tidak mahu memperdulikan perkara yang haram dan yang halal. Baginya yang penting adalah kepuasan hidup secara kebendaan semata-mata.

Pemimpin atau hakim yang derhaka iaitu hakim yang memutuskan yang tidak berdasarkan Kitabullah atau menyelewengkan hukum untuk kepentingan duniawi. Begitu juga penguasa dikatakan derhaka apabila dia menyalahi amanat yang dibebankan oleh Allah kepada dirinya dalam mengurus kepentingan umat.

Dari Hudzaifah, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Allah tidak akan menerima puasa ahli bida'ah, tidak pula solatnya, hajinya , umrahnya dan jihadnya. Ia keluar dari Islam laksana seutas rambut yang keluar dari tepung.'
- hadith riwayat Ibnu Majah

Seseorangyang melakukan perbuatan bida'ah, sehingga ia akhirnya digolongkan sebagai ahli bida'ah, maka segala amal ibadahnya tidak akan diterima oleh Allah dan dia dinilai telah keluar dari Islam secara halus sebagaimana keluarnya sehelai rambut yang ditarik dari tepung.

Dari Katsir bin Abdillah bin Amr bin Auf dari bapanya dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pada suatu hari bersabda kepada Bilal bin Harits, katanya,

'Wahai Bilal, ketahuilah sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan salah satu sunnahku tetapi sunnah itu tekah ditinggalkan orang sesudahku, maka ia akan mendapat pahala untuk dirinya dan pahala orang-orang yang melaksanakan tanpa mereka itu dikurangi pahalanya sedikitpun. Dan barangsiapa melakukan sesuatu yang tersesat yang tiada diredhai oleh Allah dan rasulNya, maka ia mendapatkan dosa bagi dirinya dan dosa orang-orang yang mengerjakan tanpa dikurangi sedikitpun dosa orang-orang yang mengikutinya.'
- hadith riwayat Ibnu Majah dan Tarmidzi yang mengatakan hadith ini hassan

Orang yang melakukan bida'ah tidak akan mendapatkan keredhaan dari Allah, bahkan perbuatan bida'ah itu apabila ditiru orang lain, maka ia turut memikul dosa para pengikut tersebut. Dan jika dia memiliki kebaikan, maka kebaikannya akan selalu dikikis hingga habis oleh dosa-dosanya kerana perbuatan bida'ah itu.

Degan demikian, seorang tokoh pembuat bida'ah kelak di akhirat akan memikul dosanya sendiri dan dosa orang-orang lain yang menjadi pengikutnya.




Syamail Muhammadiyah - Ustaz Haji Zainol Asri Bi Haji Romli




Syamail Muhammadiyah
Keanggunanmu Yaa Rasulullah
Imam Tarmizi


Buku ini adalah salah satu karya fenomenal Al-Imam At-Tirmidzi, judul asli buku ini adalah As-Syamailul Muhammadiyah yang diterjemahkan mengikuti keperibadian dan budi pekerti Rasulullah SAW.
Dalam buku ini, Imam Tirmidzi melukiskan perihidup Rasulullah saw secara detail dan sistematis. Dimulai dari menggambarkan bentuk fisik Rasulullah saw sampai dengan segala ihwal periihidup yang menunjukkan perjuangan, ketekunan ibadah serta akhlaknya yang mulia, sebagaimana yang diabadikan dalam Al-Qur’an:
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagi kalian, yaitu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah dan keselamatan di hari kiamat…”                       
 (QS. Al-Ahzab 21)


Syamail Muhammadiyah
Keanggunanmu Yaa Rasulullah
Imam Tarmizi

SG$30.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal The safer and easier way to pay online.



Hukum Hudud -Ustaz Azhar Idrus


Furu' Al-Masail
wa Usul al-Wasai'l
Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani



Furu' Al-Masa'il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama' nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, "saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu' Almasa'il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.



Furu' Al-Masail
wa Usul al-Wasai'l
Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani


SG$57.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal – The safer and easier way to pay online.



Anti Buta Al-Quran





Tafsir Al-Quran Per Kata
Dengan Terjemahan Bahasa Malaysia
Dr Ahmad Hatta M.A


Tafsir dengan erti atau makna, kata demi kata merupakan satu pendekatan yang sangat penting dan memberi manfaat. Tafsir ini perlu, supaya umat Islam di Malaysia boleh memahami makna tiap-tiap kata sebelum mereka memiliki pemahaman luas tentang kalimah dan ayat Al-Quran yang panjang. Hasil karya ini memudahkan kita untuk mendalami kandungan tiap-tiap ayat Al-Quran. Tafsir Quran Per Kata ini sungguh sangat menarik, sangat luar biasa dan sangat bermanfaat bagi para pembaca yang ingin mengetahui dan memahami makna tiap-tiap kata dalam Al-Quran.

Dato' Sheikh Mohd Nor bin Mansor Al Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Merangkap Pengerusi Lajnah Pentashihan Al-Quran Malaysia, Hakim Tilawah Kebangsaan, Yang Di-Pertua Persekutuan Seruan Islam Perak, Mantan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh Perak.


Tafsir Al-Quran Per Kata
Dengan Terjemahan Bahasa Malaysia
Dr Ahmad Hatta M.A


SG$80.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal - The safer, easier way to pay online!



6 Golongan yang Dilaknat Allah Dan Para Nabi

1. Dari Anas bin Malik, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa membenci sunnahku, dia bukan dari golonganku.'
- hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Orang Muslim yang baik ialah seorang yang senantiasa berpegang teguh kepada sunnah Rsulullah s.a.w. Bila seorang Muslim meninggalkan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.aw menggolongkannya bukan dari golongan umat Baginda s.a.w.

Dengan kata lain, sesorang yang mengaku Muslim tetapi melakukan perbuatan-perbuatan bida'ah, maka ia telah keluar dari golongan pengikut sunnah. Bida'ah di sini maksudnya adalah menambah-nambah dalam bidang ibadah dan aqidah dengan tanpa tunjuk ajar dari Rasulullah s.a.w.

2. Dari 'Irbadh bin Sariyah, ia berkata, Rasulullah s.a.w menasihati kami dan di dalamnya Rasulullah s.a.w bersabda,

'Berpeganglah kalian pada sunnahku dan pada sunnah Khulafaur Rasyidin yang terpimpin.Peganglah ia dengan gigi-gigi taringmu dan jauhilah olehmu kalian mengadakan urusan baru, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah adalah sesat.'
- hadith riwayat 4 ahli hadith kecuali Nasai, disahkan oleh Tarmidzi dan Ibnu Hiban

Berpeganglah kepada sunnah Rasulullah s.a.w laksana seseorang yang menggigit benda dengan kuat kerana takut benda itu akan terlepas. Rasulullah s.a.w telah melarang orang Islam melakukan perbuatan bida'ah apabila perbuatan tersebut tidak ada tuntutannya dari Rasulullah s.a.w, tetapi timbul dari usaha manusia semata-mata. Sesiapa yang melakukan perbuatan bida'ah bererti dia telak berbuat sesat.

3. Dari Abi Syuraih Al-Khuza'i, ia berkata, Rasulullah s.a.w keluar kepada kami dan bersabda,

'Sesungguhnya Al-Quran ini satu hujungnya ada di tangan Allah dan hujung lainnya ada di tanganmu sekalian. Kerana itu berpegang teguhlah kepada Al-Quran sesungguhnya kamu sekalian tidak akan sesat untuk selama-lamanya!'
- pada sisi Al-Bazaar hadith dari Jabir Muth'im yang isinya seperti tersebut di atas.

Seseorang dikatakan benar-benar berpegang pada tali Allah apabila orang itu benar-benar mengikuti petunjuk dan tuntutan Al-Quran. Rasulullah s.a.w menggambarkan bahawa Al-Quran itu ibarat tali yang hujung satunya dipegang oleh Allah. Maka jika sesorang mahu memegang pada hujung lainnya bererti dia dengan kukuh telah berpegang kepada tali Allah. Setiap orang yang tidak mengikuti tuntutan yang ada di dalam Al-Quran, maka ia akan sesat dari jalan Allah. Untuk menyelamtakan manusia dari jalan yang sesat, satu-satunya cara ialah berpegang teguh kepada ketentuan yang ada di dalamAl-Quran.

4. Dari Abi Said Al-Khudri, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa memakan yang halal dan berbuat menurut sunnah dan manusia selamat dari gangguan-gangguanya, niscaya dia akan masuk syurga.'
- hadith riwayat Hakim dan disahkan serta diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam kitab Ash-Shamat

Seseorang yang menjaga makannya dengan baik dan melakukan perbuatan-perbuatan sesuai dengan ketentuan sunnah Rasulullah s.a.w, maka orang tersebut akan dijamin masuk syurga. Ini bererti suatu perkara yang perlu kita perhatikan dalm hidup ini:
  1. Senantiasa menjaga makanan yang kita masukkan ke dalam perut kita adalah makan yang halal.
  2. Segala amal ibadah mahupun tingkah laku sehari-hari harus kita ambil sumbernya dari tuntunan Rasulullah s.a.w.
Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkhutbah pada Haji Wada' sabdanya,

'Sesungguhnya aku telah meninggalkan di tengah-tengah kamu yang kamu sekalian berpegang teguh padanya, niscaya kalian tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah NabiNya (Rasulullah s.a.w).'
-Disahkan oleh Hakim

Orang yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, maka ia dijamin akan selamat, baik di dunia mahupun di akhirat.

5. Dari A'isyah, ia berkata, Rasulullah.s.aw bersabda,

'Barangsiapa mengada-adakan sesuatu dalam agama kami ini, yang tidak ada asal-usulnya dari agama ini meka tertolaklah,'
- hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Seseorang yang melakukan amal ibadah tanpa ada contoh dari Rasulullah s.a.w maka ibadah yang ia lakukan itu ditolak oleh Allah.

Pengertian ibadah ialah segala sesuatu yang kita lakukan demi mensucikan Allah dan menghormati perintah-perintahNya. Maka perbuatan yang dimaksud untuk mensucikan Allah, menghormati  dan mendekatkan diri kepada Allah itu haruslah ada tuntutannya dari Rasulullah s.a.w. Jika ternyata perbuatan yang kita lakukan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi tidak ada contohnya dari Rasulullah s.a.w, maka itulah yang dinamakan bida'ah dan pasti ditolak oleh Allah.

6. Dari A'isyah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,

'6 golongan yang aku laknat dan di laknat oleh Allah, tiap-tiap Nabi terqabul doanya. Mereka yang terlaknat itu orang yang menambah kitab Allah, orang yang mendustakan ketetapan Allah, orang yang menindas umatku untuk menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, orang yang menghina keluargaku padahal Allah mengaharamkannya  dan orang yang meninggalkan sunnah.'
- hadith riwayat Thabrani dan disahkan oleh Ibnu Hiban dan Hakim

6 golongan yang mendapat laknat dari Allah dan para nabi adalah:
  1. Orang yang menambah dan mengurangi kitab-kitab Allah - Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
  2. Orang yang mendustakan ketentuan dan takdir Allah
  3. Orang yang menindas umat Islam, memuliakan orang yang Allah hinakan dan menghina orang yamg Allah muliakan
  4. Orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan menharamkan apa yang Allah halalkan
  5. Orang yang menindas dan menghina keluarga Rasulullah s.a.w
  6. Orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w
Sesiapa pun yang melakukan salah satu dari 6 perbuatan yang dilaknat Allah dan para nabi, maka orang semacam ini akan jauh dari syurga dan dimasukkan ke dalam neraka. Kami mohan perlindungan Allah dari terjadi seperti demikian.

Ancaman Riya'

1. Dari Jundab bin Abdillah, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa memperdengarkan dirinya kepada orang lain, maka Allah akan membalasnya, dan barangsiapa riya' maka Allah akan membalas riya'nya itu.'
- hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Memperdengarkan yang dimaksudkan di sini ialah mempamirkan ilmunya kepada orang lain dengan maksud mendapat pujian. Seseorang yang suka mempamirkan baik perbuatannya atau ilmunya kepada orang lain untuk mengharapkan pujian dari sesama manusia, maka Allah kelak akan mnyeksanya.

2. Dari Saddad bin Aus, sesungguhnya ia mendengarkan Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa berpuasa demi mencari pujian manusia maka sesungguhnya telah berbuat syirik dan barangsiapa solat demi mencari pujian manusia maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik dan barangsiapa berzakat demi pujian manusia maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik.'
- hadith riwayat Baihaqi dengan singkat.

Seseorang yang melakukan puasa ataupun mengeluarkan zakat tetapi dia berniat untuk mencari pujian dari sesama manusia bukan kerana menjalankan ibadah demi mencari keredhaan Allah, maka orang tersebut telah melakukan perbuatan syirik.

3. Dari Mahmoud bin Labiid, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah keluar lalu Rasulullah s.a.w bersabda,

'Wahai manusia, jauhilah olehmu sekelian syirik yang tersembunyi.' Mereka bertanya, 'Apakah syirik yang tersembunyi itu?' Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, 'Seseorang lelaki berdiri solat, lalu ia menampakkan solat yang baik lagi bersungguh-sungguh kerana sedang dilihat oleh orang lain, maka hal yang demikian itu adalah syirik yang halus.' 
- hadith riwayat Ibnu Khuzaimah

Perbuatan-perbuatan syirk ada yang bersifat terang-terangan dan ada yang bersifat sangat halus. Perbuatan syirik yang bersifat sangat halus ialah seseorang yang melakukan perbuatan ibadah untuk mencari pujian orang lain dan perkara inilah yang paling ditakutkan oleh Rasulullah s.a.w terjadi pada diri seseorang kerana walaupun ibadah yang zahirnya melaksanakan kewajipan kepada Allah tetapi pada hakikatnya dia merosak ibadahnya itu sendiri dengan niat mencari pujian dari manusia, sehingga ibadahnya menjerumuskan dirinya ke dalam dosa yang besar.

4. Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah salah seorang dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata,

'Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Tatkala Allah mengumpulkan manusia pertama dan manusia terakhir pada hari kiamat nanti, hari yang tiada diragukan lagi, maka berserulah seorang penyeru, 'Barangsiapa yang di dalam melakaukan amalnya berlaku syirik, maka hendaklah ia meminta pahalanya itu dari sisi orang yang dia mengharapkan mendapat pujian kerana Allah tidak memerlukan sekutu dari kesyirikan orang itu.'
- hadith riwayat Tarmidzi dan Ibnu Majah dan Baihaqi dan disahkan oelh Ibnu Hiban 

5. Dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Pada hari kiamat akan diberikan catatan-catatan amal yang telah diberi pengesahan lalu diserahkan di hadapan Allah s.w.t. Kemudian Allah berfirman, 'Berikanlah catatan-catatan ini dan terimalah!' Lalu Malaikat berkata, 'Demi keagunganMu, kami kami tiada melihat kecuali kebaikan.' lalu Allah berfirman, 'Sesungguhnya perbuatan-perbuatan ini dahulunya untuk orang-orang semata-mata mencari keredhaanKu.'
- hadith riwayat Al-Bazaar, Thabrani dan Baihaqi

Rasulullah s.a.w mengajarkan kita agar selalu berlindung kepada Allah dari niat yang sifatnya menyekutukn Alah, agar setiap kita melakukan perbuatan terhindar dari syirik halus, iaitu mengaharap pujian dari sesama manusia. Maka sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita dianjurkan untuk membaca, 'A'udzubillahi mins-syirk' - 'Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari perbuatn syirik.'

Ikhlas

1. Dari Abi Kabsyi Al-Anmari, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

'Umatku ini dapat diumpamakan 4 orang. Seorang diberi Allah harta dan ilmu, lalu ia gunakan hartanya itu untuk didermakan ke jalan yang benar. Orang kedua, Allah beri kepadanya ilmu tetapi tidak diberi harta. Orang kedua ini berkata,'Alangkah baiknya kalau aku seperti orang pertama itu. Aku akan beramal seperti apa yang diamalkan orang itu.' Rasulullah s.a.w bersebada, 'Kedua-dua orang itu mendapat pahala yang sama. Dan orang ketiga diberi Allah harta tetapi tidak berilmu. Orang itu berbuat sia-sia dengan hartanya iaitu membelanjakan harta itu tidak pada tempatnya. Orang keempat, iaitu orag yang tidak diberi oleh Allah ilmu dan tidak jugak harta. Orang yang keempat ini berkata, 'Alangkah baiknya kalau aku seperti orang ketiga itu, niscaya aku akan membuat seperti apa yang telah dia lakukan.' Rasulullah s.a.w bersabda, 'Kedua-dua orang itu dosanya sama.' 
- Hadith Riwayat Tarmidzi dan beliau mensahkan serta riwayat Ahmad dan Ibnu Majah tetapi lafadznya ada pada sisi Ibnu Majah. Diriwayatkan juga oleh Abu 'Awanah dalam sahihnya, dan padanya ada tambahan sesuai dengan riwayat Muslim.

2. Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

'Sesungguhnya Allah s.w.t telah menetapkan beberapa kebaikan dan beberapa keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan kebaikan namun ia belum dapat melaksanakannya, maka Allah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya, tetapi barangsiapa berniat melakukan kebaikan lalu melakukannya maka untuknya Allah menuliskan kebaikan berlipat ganda yang banyak. Dan barangsiapa berniat buruk namun dia belum melakukannya, maka Allah menulis satu kebaikan penuh di sisinya, tetapi jika dia berniat buruk dan melakukannya maka Allah mencatat satu keburukan untuknya.'
- hadith riwayat Bukhari dan Muslim

3. Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

'Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman, 'Apabila seseorang hambaKu berkeinginan melakukan sesuatu keburukan (dosa), maka janganlah engkau tulis atas namanya sebelum ia melaksanakannya dan jika ia telah melaksanakannya maka tulislah sepadan dengan perbuatan itu. Tetapi jika dia meninggalkannya kerana mencari keredhaankKu, maka tulislah ia menjadi satu kebaikan dan apabila ia ingin melakukan sesuatu kebaikan tetapi dia belum melakukannya, maka tulislah dia 10 kali sampai 700 kali ke.'
-hadith riwayat Muslim tetatpi lafadznya pada sisi Bukhari.

4. Pada salah satu riwayat Muslim dikatakan bahawa Allah berfirman,

'Apabila seseorang hambaku berniat untuk melakukan satu kebaikan, maka Aku tuliskan kebaikan untuknya, walaupun dia belum melakukan satu kebaikan dan apabila dia melaksanakannya, maka aku tuliskan untuknya10 kali kebaikan.' 
Dan pada bahagian akhir hadith ini disebutkan, 'Sesungguhnya dia meninggalkan kebaikan itu semata-mata kerana Aku.

5. Dari Abu Darda, bahwa telah sampai kepadanya berita Rsulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa mendatangi tempat tidurnya dan dia berniat untuk bangun solat malam tetapi ternyata kedua matanya mengalahkannya sampai datang waktu Subuh, maka ditulis satu kebaikan baginya dari niatnya itu. Dan tidurnya adalah sedekah unutk dirinya dari Tuhannya.'
-hadith riwayat Nasai' dan Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Hiban tetapi menurut Ibnu Hiban dia meriwayatkan dari Abu Dzar atau dari Abu Darda. Pada sisi Ibnu Hiban ada keraguan apakah ia dari Abu Dzar atau dari Abu Darda.

Seseorang yang mempunyai niat untuk mengikuti jejak orang-orang yang pernah melaksanakan ilmu dan harta yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka seandainya kelak iapun diberi ilmu dan harta oleh Allah lalu ia gunakan di jalan Allah, maka orang semacam itu mendapatkan pahala seperti pahala orang yang telah menunaikan kewajipannya kepada Allah. Sebaliknya seseorang yang berniat untuk meniru jejak langkah orang yang berdosa di dalam menunaikan kewajibannya terhadap ilmu dan harta yang telah diberikan oleh Allah, maka ia mendapat dosa orang yang menyalah gunakan ilmu dan hartanya pada jalan yang dilarang oleh Allah.


*Dari kitab - Pedoman Mendekatkan Diri Kepada Allah oleh Imam Hafiz Al-Mundziri