Allah Sangat Menyayangi Wanita

Allah s.w.t sangat sayang terhadap wanita dengan cara mengharamkan wanita mendedahkan kecantikkan zahirnya. Hukum Allah s.w.t wajib dipatuhi. Mematuhi hukum menutup aurat akan membawa kebaikan dan keselamatan dalam kehidupan. InsyAllah, wanita yang menutupi aurat tidak akan teraniaya atau menderita. Malahan, dengan tidak menutup aurat ada kemungkinan tinggi mengundang bahaya, melakukan kezaliman keatas diri sendiri dan merosakkan orang lain.

Setiap hukum yang Allah s.w.t tetapkan sudah tentu ada kemanfaatannya walaupun kadang kala kemanfaatan itu di luar jangkaun fikiran manusia. Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang baik untuk kita dan Allah s.w.t menyayangi kita melebihi dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sudah tentu seorang ibu yang penyayang akan mengawal anaknya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang membahayakan anak itu, walaupun perbuatan yang membahayakan itu disukai oleh anak itu.

Si anak yang merangkak di tepian tangga akan pasti ditarik oleh ibunya. Si anak akan menangis bila ibunya menariknya kerana dia ingin terus bermain di tempat yang merbahaya itu tanpa mengetahui akibatnya nanti. Si anak hanya tahu bermain dengan tanpa menghiraukan bahaya yang menanti, berbanding dengan ibunya. Beginilah perumpamaan kasih sayang Allah s.w.t terhadap wanita, malahan kasih sayang Allah s.w.t melebihi kasih sayang seoran ibu. Allah s.w.t menetapkan hukum wajib bagi wanita menutup aurat dengan ada hikmah dan kebaikannya yang di mana hikmah dan kebaikannya itu di luar jangkauan fikiran kita.

Sebagai seseorang yang mengaku bahwa Allah s.w.t itu Tuhan yang berhak disembah, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w itu nabi Allah s.w.t dan redha Agama Islam itu Agama yang benar, maka hendaklah dia taat dan patuh akan segala suruhan dan larangan Allah s.w.t. Allah s.w.t menggambarkan tentang orang-orang yang taat dan patuh menerusi firmanNya yang bermaksud:


'Rasul (Muhammad s.a.w) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, demikian juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah s.w.t, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya.(Mereka berkata) Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang lain antara Rasul-rasulNya. Kami dengar dan kami taat serta keampunanMu kami harapkan wahai Tuhan kami, dan hanya kepada Mu kami kembali.' Al-Quran Surah Al-Baqarah - ayat 285.


Menjadi seorang Muslim yang taat dan patuh akan segal perintah dan larangan Allah s.w.t menjamin kesejahterann, keselamatan dan kebahagian dalam kehidupan di Dunia dan juga di Akhirat, kerana Allah tahu segala setiap sesuatu di hadapan kita.

Buat wanita-wanita yang belum tahu tentang hukum menutup aurat, bertanyalah kepada yang lebih arif mengenai hal ini, dan buat wanita-wanita yang sudah tahu hukum menutup aurat namun belum tiada daya dan upaya untuk membuat perubahan, kami doakan semoga Allah s.w.t memberi kesanggupan dan kemudahan untuk melaksnakan perintah ini.

Allah pasti akan memberi pertolongan kerana Allah sangat menyayangi wanita, lebih dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

'AIDS' Di Akhirat Sangat Dahsyat!

Bukan lagi menjadi suatu perkara yang pelik di mana-mana negara yang umat-umat Islamnya melakukan zina dengan sesuka hati, dan tidak hairan lagi jika pelaku-pelaku seks bebas ini menghidap penyakit AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome.

Yang menjadi pelik dan hairan pula ialah - walaupun sudah diberitahu dan melihat sendiri akan bahaya dan akibat penyakit yang boleh membawa maut itu, ramai umat Islam yang masih lagi bebas melakukan perbuatan yang dikeji Allah s.w.t itu!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
'Apabila terjadi perzinaan secara terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.'   - Riwayat Al-Baihaqi

Dari hadis ini, kita mengetahui punca AIDS. Allah timpakan AIDS sebagai balak akibat perzinaan. Islam memandang masalah AIDS hingga ke akar umbinya. Ia memerlukan ketajaman mata hati dan pengubatan rohani.

Punca AIDS
Mengikut kajian para saintis kedoktoran, seseorang boleh menghidap AIDS apabila sejenis virus yang mengurangkan daya tahan tubuh badan menahan serangan penyakit menular di dalam tubuhnya.

Namun, Islam memandang lebih jauh dari itu. Sebenarnya, virus adalah makhluk yang menyerang manusia atas izin Allah. Mengapa manusia tertentu menjadi mangsa? Kerana manusia itu melakukan kemungkaran - perzinaan. Manusia seperti ini tidak takut akan Allah apa lagi siksaan Allah. Islam melihat ini sebagai punca sebenar AIDS - tidak takut akan Allah s.w.t.

Solusi Islam mencegah AIDS
Cara mencegah AIDS paling tepat ialah:
  1. mendidik hati untuk sering ingat akan benarnya janji Allah sama ada dalam bentu ganjaran ataupun siksaan
  2. menghapuskan segala unsur yang menghala ke lembah perzinaa
Dalam usaha mendidik hati, ianya perlu dibuat mengikut kaedah Rasulullah s.a.w. sehingga hati itu benar-benar rasa diawasi Allah s.w.t setiap detik dan saat. Manusia yang benar-benar yakin akan pengawasan Allah s.w.t tidak perlu ditakutkan dengan penyakit AIDS untuk menjauhi perzinaan.

Masalah-masalah seperti AIDS, pembuangan anak, anak diluar nikah, sumbang mahram dan jenyah seks tidak sepatutnya timbul dikalangan orang-orang Islam yang benar-benar memahami firman Allah s.w.t:
'Janganlah kamu menghampiri zina.' Al-Quran surah Al-Isra' - ayat 32

Ayat Al-Quran ini pendek tetapi selautan pengajaran dan panduannya. Mencegah lebih baik dari mengubat. Allah bukan saja melarang membuat sesuatu kemungkaran, mendekatinya pun jangan!

Perkara yang termasuk dalam maksud 'jangan mengahmpiri zina' ialah:
  • mendedahkan aurat
  • pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
  • menonton filem yang bertentangan dengan akhlak Islam
  • mendengar lagu-lagu cinta yang asyik dan melalaikan yang mengandungi unsur-unsur lucah
  • mebaca atau menatap buku, majalah atau media internet yang mengandungi unsur-unsur lucah
Duka citanya, perkara-perkara yang di atas inilah yang sedang subur dalam masyarakat umat Islam hari ini. Malahan ada yang menjadikan perkara-perkara ini sebagai sesuatu 'kebanggaan'.. kami mohon perlindungan Allah dari perkara sedemikian!

Solusi orang 'moden' mencegah AIDS.
Di zaman berteknologi tinggi hari ini, usaha 'jangan mengahmpiri zina' ini sudah tidak dianggap moden namun keterbalikannya, manusia zaman ini 'terpekik, terpinga-pinga, kebingungan dan kegelisahan' kerana AIDS. 

Malahan, dengan cara tidak sedar, manusia 'moden' hari ini 'menggalakkan' 'safe sex - seks selamat' dengan:
  • menasihati orang ramai untuk menggunakan 'kondom' ketika melakukan seks 
  • setia pada satu pasangan sahaja
  • menyuntik vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit yang berkemungkinan timbul dari perzinaan
Bukankah langkah-langkah di atas ini akan hanya membuat orang-orang yang gemar melakukan perzinaan lebih berani untuk meneruskan 'aktiviti' yang dilarang Allah.s.w.t dan menjauhkan diri seseorang itu dari rasa takut akan sikasaan Allah s.w.t? Secara sedar atau tidak, inilah yang sedang berlaku dan Allah s.w.t yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya telah pun memberi solusi masalah ini didalam Islam.

Kita sepatutnya insaf dan penzina-penzina yang masih berdegil boleh bebas dari AIDS pada hari ini, tetapi bolehkah mereka melarikan diri mereka dari siksaan Allah s.w.t di akhirat kelak? Apa kata anda?

Indahnya Perubatan Islam




Indahnya Perubatan Islam
Berpandukan Al-Quran Dan Sunnah
BONUS Surah Yasin Percuma!
Ustaz Syarhan Safie

Antara Kandungan Buku ini ;
1. Doa
2. Etika berdoa
3. Doa-doa Penyembuh
4. Basmalah
5. Doa Lainnya
6. Al-Fatihah
7. Ayat Al-Kursi
8. Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil
9. Al-Jalalatain
10. Selawat-selawat Penyembuh
11. Kehebatan Surah Al-Baqarah Ayat 74
12. Kisah Nabi Ayub dan Penawar di sebaliknya
13. Peringatan Tentang Kejahatan Syaitan

SG$23.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal – The safer and easier way to pay online.


Khasiat Surah-surah Al-Quran




Ubat, Doa Dan Penyembuhan
Serta Khasiat Surah-surah Al-Quran
BONUS CD Percuma!
Ustaz Syarhan Safie

Mengandungi 15 Bab dan 450 mukasurat. Antara Kandungan Buku ini ;

Bab 1 
DALIL-DALIL AL-QURAN & AL HADITHS

Dalil Al-Quran Tentang pemberian nama, Dalil Hadiths Tentang pemberian nama, melaksanakan Aqiqah, Mencukur rambut, memberi nama yang baik, Yang Harus dibaca ketika Bayi dilahirkan dan cara memberi Nama.

Bab 2
MEMPERSIAPKAN KEHAMILAN YANG SIHAT

Waspada terhadap campur tangan, Syaitan Ketika Bersetubuh, Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental Selama Kehamilan, Menjaga kesihatan Mental, Banyak Membaca Al-Quran, Manfaat Sujud bagi wanita Hamil, Khasiat Madu dan Kurma untuk Wanita Hamil.

Bab 3
WIRID DARI AL-QURAN

Membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Iklas, Alfalaq sebanyak...Bacaan Surah Al-Baqarah dan banyak lagi surah yang boleh menjadi amalan yang dapat dirujuk di dalam buku ini.

Bab 4 - WIRID DARI HADITH NABI
Bab 5 - SEBAHAGIAN ATSAR TENTANG WIRID MENJELANG BERSALIN.
Bab 6 - Doa-Doa, Antaranya Doa-doa waktu hamil, Doa waktu bersalin dan pasca bersalin.
Bab 7 - Usaha dan Tawakal
Bab 8 - Etika Memberi Nama, antaranya mengupas tentang nama yang dimakruhkan
Bab 9 - Nama-nama ALLAH yang Indah
Bab 10 - Nama Para Rasul dan Nabi
Bab 11 - Nama-nama Rasullah SAW
Bab 12 - Nama-nama Khulafa'urrasyiddin, Sahabat dan Ummahatul Mu'minin
Bab 13 - Nama-nama untuk bayi Lelaki
Bab 14 - Nama-nama untuk bayi Perempuan
Bab 15 - Jin dan Nama-nama mereka.
SG$23.00
Penghantaran Percuma
(masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal – The safer and easier way to pay online.


Kelebihan Solat Berjemaah




Solat Berjemaah

Ustaz Mohammad Subki & Ustaz Abdul Rahman Al-Hafiz


Solat berjemaah mengajar kita prinsip mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira keupayaan makmum.

Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi kehalusan budi dan seni berbahasa maka semakin tinggi jugalah sesebuah tamadun itu.

Seperti kata seorang budayawan, "Umat yang ada akar dan jati diri itu adalah umat yang ada identiti budaya yang tinggi." Maka solat berjemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi. Tinggi budaya adalah salah satu ciri yang perlu ada bagi sesebuah tamadun yang terbilang.
Tuan Guru Sheikh Haji Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

SG$24.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal – The safer and easier way to pay online.



Seindah Nama, Semurni Peribadi




Seindah Nama, Semurni Peribadi
Nama-nama Mulia Bayi Islam Lelaki Dan Perempuan 
BONUS VCD Percuma!
Ustaz Syarhan Safie


Mengandungi 15 Bab dan 450 mukasurat. Antara Kandungan Buku ini ;

Bab 1 - DALIL-DALIL AL-QURAN & AL HADITHS
Dalil Al-Quran Tentang pemberian nama, Dalil Hadiths Tentang pemberian nama, melaksanakan Aqiqah, Mencukur rambut, memberi nama yang baik, Yang Harus dibaca ketika Bayi dilahirkan dan cara memberi Nama.

Bab 2 - MEMPERSIAPKAN KEHAMILAN YANG SIHAT
Waspada terhadap campur tangan, Syaitan Ketika Bersetubuh, Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental Selama Kehamilan, Menjaga kesihatan Mental, Banyak Membaca Al-Quran, Manfaat Sujud bagi wanita Hamil, Khasiat Madu dan Kurma untuk Wanita Hamil.

Bab 3 - WIRID DARI AL-QURAN
Membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Iklas, Alfalaq sebanyak...Bacaan Surah Al-Baqarah dan banyak lagi surah yang boleh menjadi amalan yang dapat dirujuk di dalam buku ini.

Bab 4 - WIRID DARI HADITH NABI
Bab 5 - SEBAHAGIAN ATSAR TENTANG WIRID MENJELANG BERSALIN.
Bab 6 - Doa-Doa, Antaranya Doa-doa waktu hamil, Doa waktu bersalin dan pasca bersalin.
Bab 7 - Usaha dan Tawakal
Bab 8 - Etika Memberi Nama, antaranya mengupas tentang nama yang dimakruhkan
Bab 9 - Nama-nama ALLAH yang Indah
Bab 10 - Nama Para Rasul dan Nabi
Bab 11 - Nama-nama Rasullah SAW
Bab 12 - Nama-nama Khulafa'urrasyiddin, Sahabat dan Ummahatul Mu'minin
Bab 13 - Nama-nama untuk bayi Lelaki
Bab 14 - Nama-nama untuk bayi Perempuan
Bab 15 - Jin dan Nama-nama mereka.



SG$30.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal – The safer and easier way to pay online.


Misteri Kaabah




Misteri Kaabah
Kisah Nyata Kiblat Dunia Sejak Nabi Ibrahim A.S Hingga Kini
Fathi Fawzi Abd Al-Mu'thi


Bagaikan matahari yang dikitari planet-planet, setiap saat Kaabah diziarahi para penziarah dan ahli ibadah. Tidak pernah ada yang tahu mengapa Kaabah iaitu berbentuk kubus, tanpa ukiran ataupun kubah. Kesederhanaan bangunan tua itu tidak menghalangi jutaan manusia untuk mengunjunginya dan memuliakannya.
Ke arah sana menghadapnya semua hasrat dan kerinduan umat. Ke sanalah ketundukan dan kekhusyukan ditunjukkan oleh setiap muslin di dalam sembahyang. Ia tetap kukuh berdiri meskipun banyak nafsu serakah manusia yang mencuba untuk meruntuhkan dan merobohkannya. Ia tetap tegak berdiri meskipun dilanda bencana dan malapetaka di sekitarnya. Allah SWT sendiri yang menjaganya ketika Abrahah menyerbu dengan pasukan gajahnya.
Pada beberapa lintasan sejarah, darah manusia pernah tertumpah di sana. Kesesatan dan penyimpangan pernah bersemayam di dalamnya. Namun berkali-kali ia dikotori dan dinistakan, berkali-kali juga melindungi dan menyucikannya kembali.
Empat puluh abad telah berlalu sejak Nabi Ibrahim meninggikan asasnya. Hingga kini, ia tetap menjadi kiblat hati semua umat Islam di seluruh penjuru dunia.

SG$21.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)
Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal The safer and easier way to pay online.








Rahsia Minda Hebat




Rahsia Minda Hebat

Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Minda yang hebat mampu melahirkan manusia yang super hebat. Manusia yangsuper hebat mampu membawa perubahan di atas muka bumi ini bukan sahaja untuk dirinya, keluarganya dan masyarakatnya malah untuk manusia dan makhluk sejagat.

Tetapi ramai manusia yang mensia-siakan hidup kerana tidak membangunkan akal dan minda. inilah manusia yang hidupnya "biasa-biasa" sahaja - merasakan cukup dengan apa yang menimpa dirinya dan tidak punya kekuatan untuk berubah.

Buku RAHSIA MINDA HEBAT ini akan merubah segala persepsi anda yang salah selama ini. Ia akan memberikan anda panduan secara terperinci bagaimana untuk meningkatkan potensi otak dan minda anda agar anda juga boleh menjadi seorang insan yang HEBAT!

Antara topik menarik di dalam:
  • Kejadian dan Keistimewaan Akal
  • Mencerdaskan Minda Melalui Amalan Permakanan
  • Mencerdaskan Akal Bayi
  • Makanan Segera Mengancam Minda

    SG$23.00
    Penghantaran Percuma!
    (masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.

PayPal – The safer and easier way to pay online.


Indahnya Hidup Bersyariat




Indahnya Hidup Bersyariat

 Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah dan bergambar.

SG$43.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)


Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal The safer and easier way to pay online.




Imam Al-Ghazali




Mari Terbang Ke Syurga
Menurut Al-Quran Dan Hadith
Imam Al-Ghazali


Buku ini adalah adaptasi daripada kitab yang berjudul " Minhajul 'Abidin" nukilan Imam Ghazali rahimahullah. Sedungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah s.w.t. Buku ini mampumemberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Rabbal 'Alamin. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku 'MARI 'TERBANG KE SYURGA' ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah s.w.t. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kcpada segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. la memerlukan pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulis kepada Allah s.w.t.
Buku ini juga mengajar kita agar menyintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang mungkin telah sebati dalam diri masing-masing.

Rebutlah peluang keemasan menghayati isi kandungan buku ini jika anda benar-benar inginkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya jiwa kita menjadi resah kerana kehilangan atau tidak dapat mengecapi satu atau dua nikmat dunia yang sementara. Selepas membaca buku ini, anda akan reda dan jiwa akan akan dapat menerima dengan tenang jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang sangat amat berharga dalam hidup kita.



SG$25.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal The safer and easier way to pay online.

Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati




Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati

Mohd Salleh Abd Razak


Buku Sehingga al-Quran terpahat Di hati merupakan suatu usaha penulis dalam gagasan menggalakkan umat Islam menghafaz al­Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu memerintah dan memimpin manusia. Al­Quran merupakan satu mukjizat yang kekal dan abadi untuk selama­lamanya khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
Apabila al­Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada arahan al­Quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al­Quran, setiap tindak tanduk terbias daripada cahaya al­Quran dan setiap gerak­hidup selari di atas landasan al­Quran. Itulah harapan. Itulah impian. Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil, mampu mencetus sesuatu yang luar biasa sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

SG$25.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal – The safer and easier way to pay online.