'AIDS' Di Akhirat Sangat Dahsyat!

Bukan lagi menjadi suatu perkara yang pelik di mana-mana negara yang umat-umat Islamnya melakukan zina dengan sesuka hati, dan tidak hairan lagi jika pelaku-pelaku seks bebas ini menghidap penyakit AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome.

Yang menjadi pelik dan hairan pula ialah - walaupun sudah diberitahu dan melihat sendiri akan bahaya dan akibat penyakit yang boleh membawa maut itu, ramai umat Islam yang masih lagi bebas melakukan perbuatan yang dikeji Allah s.w.t itu!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
'Apabila terjadi perzinaan secara terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.'   - Riwayat Al-Baihaqi

Dari hadis ini, kita mengetahui punca AIDS. Allah timpakan AIDS sebagai balak akibat perzinaan. Islam memandang masalah AIDS hingga ke akar umbinya. Ia memerlukan ketajaman mata hati dan pengubatan rohani.

Punca AIDS
Mengikut kajian para saintis kedoktoran, seseorang boleh menghidap AIDS apabila sejenis virus yang mengurangkan daya tahan tubuh badan menahan serangan penyakit menular di dalam tubuhnya.

Namun, Islam memandang lebih jauh dari itu. Sebenarnya, virus adalah makhluk yang menyerang manusia atas izin Allah. Mengapa manusia tertentu menjadi mangsa? Kerana manusia itu melakukan kemungkaran - perzinaan. Manusia seperti ini tidak takut akan Allah apa lagi siksaan Allah. Islam melihat ini sebagai punca sebenar AIDS - tidak takut akan Allah s.w.t.

Solusi Islam mencegah AIDS
Cara mencegah AIDS paling tepat ialah:
  1. mendidik hati untuk sering ingat akan benarnya janji Allah sama ada dalam bentu ganjaran ataupun siksaan
  2. menghapuskan segala unsur yang menghala ke lembah perzinaa
Dalam usaha mendidik hati, ianya perlu dibuat mengikut kaedah Rasulullah s.a.w. sehingga hati itu benar-benar rasa diawasi Allah s.w.t setiap detik dan saat. Manusia yang benar-benar yakin akan pengawasan Allah s.w.t tidak perlu ditakutkan dengan penyakit AIDS untuk menjauhi perzinaan.

Masalah-masalah seperti AIDS, pembuangan anak, anak diluar nikah, sumbang mahram dan jenyah seks tidak sepatutnya timbul dikalangan orang-orang Islam yang benar-benar memahami firman Allah s.w.t:
'Janganlah kamu menghampiri zina.' Al-Quran surah Al-Isra' - ayat 32

Ayat Al-Quran ini pendek tetapi selautan pengajaran dan panduannya. Mencegah lebih baik dari mengubat. Allah bukan saja melarang membuat sesuatu kemungkaran, mendekatinya pun jangan!

Perkara yang termasuk dalam maksud 'jangan mengahmpiri zina' ialah:
  • mendedahkan aurat
  • pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
  • menonton filem yang bertentangan dengan akhlak Islam
  • mendengar lagu-lagu cinta yang asyik dan melalaikan yang mengandungi unsur-unsur lucah
  • mebaca atau menatap buku, majalah atau media internet yang mengandungi unsur-unsur lucah
Duka citanya, perkara-perkara yang di atas inilah yang sedang subur dalam masyarakat umat Islam hari ini. Malahan ada yang menjadikan perkara-perkara ini sebagai sesuatu 'kebanggaan'.. kami mohon perlindungan Allah dari perkara sedemikian!

Solusi orang 'moden' mencegah AIDS.
Di zaman berteknologi tinggi hari ini, usaha 'jangan mengahmpiri zina' ini sudah tidak dianggap moden namun keterbalikannya, manusia zaman ini 'terpekik, terpinga-pinga, kebingungan dan kegelisahan' kerana AIDS. 

Malahan, dengan cara tidak sedar, manusia 'moden' hari ini 'menggalakkan' 'safe sex - seks selamat' dengan:
  • menasihati orang ramai untuk menggunakan 'kondom' ketika melakukan seks 
  • setia pada satu pasangan sahaja
  • menyuntik vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit yang berkemungkinan timbul dari perzinaan
Bukankah langkah-langkah di atas ini akan hanya membuat orang-orang yang gemar melakukan perzinaan lebih berani untuk meneruskan 'aktiviti' yang dilarang Allah.s.w.t dan menjauhkan diri seseorang itu dari rasa takut akan sikasaan Allah s.w.t? Secara sedar atau tidak, inilah yang sedang berlaku dan Allah s.w.t yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya telah pun memberi solusi masalah ini didalam Islam.

Kita sepatutnya insaf dan penzina-penzina yang masih berdegil boleh bebas dari AIDS pada hari ini, tetapi bolehkah mereka melarikan diri mereka dari siksaan Allah s.w.t di akhirat kelak? Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment