Imam Al-Ghazali




Mari Terbang Ke Syurga
Menurut Al-Quran Dan Hadith
Imam Al-Ghazali


Buku ini adalah adaptasi daripada kitab yang berjudul " Minhajul 'Abidin" nukilan Imam Ghazali rahimahullah. Sedungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah s.w.t. Buku ini mampumemberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Rabbal 'Alamin. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku 'MARI 'TERBANG KE SYURGA' ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah s.w.t. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kcpada segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. la memerlukan pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulis kepada Allah s.w.t.
Buku ini juga mengajar kita agar menyintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang mungkin telah sebati dalam diri masing-masing.

Rebutlah peluang keemasan menghayati isi kandungan buku ini jika anda benar-benar inginkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya jiwa kita menjadi resah kerana kehilangan atau tidak dapat mengecapi satu atau dua nikmat dunia yang sementara. Selepas membaca buku ini, anda akan reda dan jiwa akan akan dapat menerima dengan tenang jika kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang sangat amat berharga dalam hidup kita.



SG$25.00
Penghantaran Percuma!
(masa penghantaran - 2 minggu)

Untuk membeli secara ATM Transfer – sila klik disini.
*untuk pembeli di Singapura sahaja.


PayPal The safer and easier way to pay online.

No comments:

Post a Comment