Ancaman Riya'

1. Dari Jundab bin Abdillah, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa memperdengarkan dirinya kepada orang lain, maka Allah akan membalasnya, dan barangsiapa riya' maka Allah akan membalas riya'nya itu.'
- hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Memperdengarkan yang dimaksudkan di sini ialah mempamirkan ilmunya kepada orang lain dengan maksud mendapat pujian. Seseorang yang suka mempamirkan baik perbuatannya atau ilmunya kepada orang lain untuk mengharapkan pujian dari sesama manusia, maka Allah kelak akan mnyeksanya.

2. Dari Saddad bin Aus, sesungguhnya ia mendengarkan Rasulullah s.a.w bersabda,

'Barangsiapa berpuasa demi mencari pujian manusia maka sesungguhnya telah berbuat syirik dan barangsiapa solat demi mencari pujian manusia maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik dan barangsiapa berzakat demi pujian manusia maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik.'
- hadith riwayat Baihaqi dengan singkat.

Seseorang yang melakukan puasa ataupun mengeluarkan zakat tetapi dia berniat untuk mencari pujian dari sesama manusia bukan kerana menjalankan ibadah demi mencari keredhaan Allah, maka orang tersebut telah melakukan perbuatan syirik.

3. Dari Mahmoud bin Labiid, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah keluar lalu Rasulullah s.a.w bersabda,

'Wahai manusia, jauhilah olehmu sekelian syirik yang tersembunyi.' Mereka bertanya, 'Apakah syirik yang tersembunyi itu?' Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, 'Seseorang lelaki berdiri solat, lalu ia menampakkan solat yang baik lagi bersungguh-sungguh kerana sedang dilihat oleh orang lain, maka hal yang demikian itu adalah syirik yang halus.' 
- hadith riwayat Ibnu Khuzaimah

Perbuatan-perbuatan syirk ada yang bersifat terang-terangan dan ada yang bersifat sangat halus. Perbuatan syirik yang bersifat sangat halus ialah seseorang yang melakukan perbuatan ibadah untuk mencari pujian orang lain dan perkara inilah yang paling ditakutkan oleh Rasulullah s.a.w terjadi pada diri seseorang kerana walaupun ibadah yang zahirnya melaksanakan kewajipan kepada Allah tetapi pada hakikatnya dia merosak ibadahnya itu sendiri dengan niat mencari pujian dari manusia, sehingga ibadahnya menjerumuskan dirinya ke dalam dosa yang besar.

4. Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah salah seorang dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata,

'Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Tatkala Allah mengumpulkan manusia pertama dan manusia terakhir pada hari kiamat nanti, hari yang tiada diragukan lagi, maka berserulah seorang penyeru, 'Barangsiapa yang di dalam melakaukan amalnya berlaku syirik, maka hendaklah ia meminta pahalanya itu dari sisi orang yang dia mengharapkan mendapat pujian kerana Allah tidak memerlukan sekutu dari kesyirikan orang itu.'
- hadith riwayat Tarmidzi dan Ibnu Majah dan Baihaqi dan disahkan oelh Ibnu Hiban 

5. Dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,

'Pada hari kiamat akan diberikan catatan-catatan amal yang telah diberi pengesahan lalu diserahkan di hadapan Allah s.w.t. Kemudian Allah berfirman, 'Berikanlah catatan-catatan ini dan terimalah!' Lalu Malaikat berkata, 'Demi keagunganMu, kami kami tiada melihat kecuali kebaikan.' lalu Allah berfirman, 'Sesungguhnya perbuatan-perbuatan ini dahulunya untuk orang-orang semata-mata mencari keredhaanKu.'
- hadith riwayat Al-Bazaar, Thabrani dan Baihaqi

Rasulullah s.a.w mengajarkan kita agar selalu berlindung kepada Allah dari niat yang sifatnya menyekutukn Alah, agar setiap kita melakukan perbuatan terhindar dari syirik halus, iaitu mengaharap pujian dari sesama manusia. Maka sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita dianjurkan untuk membaca, 'A'udzubillahi mins-syirk' - 'Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari perbuatn syirik.'

No comments:

Post a Comment